Dari
Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan r.ha,
dia berkata, aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
“Tidaklah seorang hamba muslim solat
kerana Allah Taala di setiap hari dua
belas rakaat
Sunnah bukan fardu, kecuali Allah Taala membangunkan
untuknya
sebuah rumah di syurga. Atau kecuali dibangunkan
untuknya sebuah rumah di
syurga.”
- Sahih –
diriwayatkan oleh muslim (1696), An-nasa’I (1803) dan at-tirmidzi (415)
meriwayatkan dengan tambahan :
Maksudnya : “Empat rakaat
sebelum zohor, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah maghrib, dua rakaat
sesudah isyak dan dua rakaat sebelum subuh.”
Dari Aisyah r.ha berkata,
Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :
“Barangsiapa menjaga dua belas
rakaat sehari semalam, nescaya dia masuk syurga, empat rakaat sebelum zohor,
dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah maghrib, dua rakaat sesudah isyak dan
dua rakaat sebelum subuh.”
-
Sahih
lighairihi – diriwayatkan oleh an-nasa’I (1795), at-tirmidzi (414), dan ibnu
majah (1140)
KETERANGAN:
-
Hadis
di atas menjadi galakan dan motivasi buat kita dalam menabah ibadah harian,
iaitu melaksanakan solat Sunnah rawatib.
-
Solat
sunnah yang disebutkan di dalam hadis di atas adalah sunat mu’akkadah.
-
Solat
sunnah
rawatib
ini dapat menampung kekurangan pahala solat fardhu.
-
Solat
sunnah ini dapat membentuk sifat ihsan dalam beribadah.
-
Dengan
melaksanakan solat sunnah ini secara istiqamah (konsisten), dapat mendidik diri
sentiasa berdisiplin dan beradab.
Rujukan
: Shahih At-Targhib Wa At-Tarhib, Imam Al-Mundziri (Wafat 656H)
(Selamat Beribadah Insha Allah)