Friday, April 29, 2016

Kelebihan Solat Sunnah Rawatib 12 Rakaat

Dari Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan r.ha, 
dia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba muslim solat 
kerana Allah Taala di setiap hari dua belas rakaat 
Sunnah bukan fardu, kecuali Allah Taala membangunkan 
untuknya sebuah rumah di syurga. Atau kecuali dibangunkan 
untuknya sebuah rumah di syurga.”

- Sahih – diriwayatkan oleh muslim (1696), An-nasa’I (1803) dan at-tirmidzi (415) meriwayatkan dengan tambahan :

Maksudnya : “Empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah maghrib, dua rakaat sesudah isyak dan dua rakaat sebelum subuh.”

Dari Aisyah r.ha berkata, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :
               
“Barangsiapa menjaga dua belas rakaat sehari semalam, nescaya dia masuk syurga, empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah maghrib, dua rakaat sesudah isyak dan dua rakaat sebelum subuh.”

-        Sahih lighairihi – diriwayatkan oleh an-nasa’I (1795), at-tirmidzi (414), dan ibnu majah (1140)

KETERANGAN:

-        Hadis di atas menjadi galakan dan motivasi buat kita dalam menabah ibadah harian, iaitu melaksanakan solat Sunnah rawatib.
-        Solat sunnah yang disebutkan di dalam hadis di atas adalah sunat mu’akkadah.
-        Solat sunnah rawatib ini dapat menampung kekurangan pahala solat fardhu.
-        Solat sunnah ini dapat membentuk sifat ihsan dalam beribadah.
-        Dengan melaksanakan solat sunnah ini secara istiqamah (konsisten), dapat mendidik diri sentiasa berdisiplin dan beradab.

Rujukan : Shahih At-Targhib Wa At-Tarhib, Imam Al-Mundziri (Wafat 656H)

(Selamat Beribadah Insha Allah)

No comments:

Post a Comment